Ya Allah,berikan cintaMu kepadaku...
Jadikanlah orang yang mencintaiMu mencintaiku..
Dan jadikanlah aku mencintai segala yang membawa kepada mencintaiMu~

Wednesday, March 17, 2010

AKU BIMBANG Aku bimbang. Sangat bimbang .. Bagaimanakah kalau esok..aku mati mendadak? Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada' Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak Hutangku masih berlambak-lambak. Finance keretaku belum lagi lunas tertunai Hutang bank rumahku masih belum selesai Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai. Aku bimbang..sangat bimbang.. Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah Atau apakah aku akan dibelasah oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ? Apakah aku dapat menahan sakit Bila ular kubur datang menggigit Kerana sembahyangku yang amat sedikit Aku bimbang..sangat bimbang.. Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA, Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA. Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI. Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan? Aku bimbang..amat bimbang Imanku masih terumbang-ambing Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo'akan? Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan? Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan. Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan? Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome. Aku bimbang..sangat bimbang.. Amal ibadahku sangat berkurang ! WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang Tinggalkanlah padang bola.. TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain. Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu Berhentilah menjadi sahabat syaitan Agar hidupmu mendapat keredhaan Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH.. “Bersabarlah engkau hari ini, mungkin engkau akan mati pada malam nanti dan bersabarlah malam ini, mungkin engkau akan mati pada esok pagi kerana mati tidak datang pada masa yang tertentu dan dalam keadaan yang tertentu dan ataupun pada umur yang tertentu. Kematian pasti akan datang. Oleh itu, bersiap-siap untuk menghadapinya adalah lebih utama daripada bersiap-siap untuk mendapatkan kebahagiaan dunia. Bukankah engkau memang sudah mengetahui bahawa engkau tidak akan lama hidup di dunia ini? Barangkali umurmu hanya tinggal satu hari atau hanya sekali bernafas sahaja lagi from~aminkhalidy shukran saudara~

No comments:

Post a Comment