Ya Allah,berikan cintaMu kepadaku...
Jadikanlah orang yang mencintaiMu mencintaiku..
Dan jadikanlah aku mencintai segala yang membawa kepada mencintaiMu~

Thursday, November 18, 2010

  • Muzakarah 6 Perkara

Wednesday, November 17, 2010

Subhanaallah~

ALHAMDULILLAH...PERJALANAN KE MELAKA TELAH BERJAYA MENCORETKAN SERIBU SATU KENANGAN BUAT DIRI KAMI `3 FIR MEMBERS`... ~UKHUWAH FILLAH ABADAB ABADA~

Tuesday, September 14, 2010

Wanita solehah, cerminan Ainul Mardiah... Sabda Rasulullah s.a.w: "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim Ramai manusia menisbahkan kemulian wanita pada kecantikan semata mata, ada juga yang menisbahkan kemuliaan mereka pada kekayaan, dan tidak kurang juga pada keturunan, tetapi ini semua adalah penilaian oleh insan yang buta mata hatinya... Kemuliaan semua makhluk Allah adalah terletak pada nur taqwa.. Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita, walaupun mereka diselubungi kelemahan, tapi teriakan mereka mampu merubah segalanya. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya... Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... Firman Allah dalam surah an-Nisa': 24 "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah, Mardhatillah. Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud... "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim Nilai wanita bukan terletak pada pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan. Wanita solehah itu adalah wanita yg tegar menjaga maruahnya,serta apa yang lahir dari dirinya, dari hujung rambut hingga hujung kaki, termasuklah wajahnya, suaranya, senyum tawanya, jalannya,tulisannya hatta namanya sekalipun, wajahnya bukan aurat,tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Dalam mazhab syafie ada khilafnya.. berdasarkan ayat dalam surah an-Nur, 30. Allah melarang wanita beriman menunjukkan perhiasannya,kecuali apa yang telah zahir daripadanya. Ulama Syafie berpendapat makna "apa yang zahir daripadanya" adalah muka dan tapak tangan, tetapi bagi wajah yang boleh mengundang fitnah, ia tetap menjadi aurat, wanita yang khuatir wajahnya boleh melalaikan lelaki yang memandangnya pasti akan menganggapnya sebagai aurat, lalu mengenakan purdah pada wajahnya, mungkin berat bagi wanita bergelar remaja untuk mengamalkannya, tapi cukuplah dengan tidak terlalu menonjolkan diri mereka di hadapan ajnabi atau tidak menjadikan wajah mereka sebagai paparan umum seperti friendster, facebook dan lain-lain. Suaranya bukan aurat, tapi ada kalanya ia menjadi aurat. Wanita yang memahami erti kesolehan tidak akan melembutkan suaranya di hadapan ajnabi, kerna memahami perintah Allah s.w.t padanya dalam surah al-Ahzab ayat: 33." Maka janganlah kamu melemah lembutkan suara dalam bebicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit hatinya". Jadi, bertegaslah apabila berurusan dengan lelaki ajnabi, pergaulan yang betul telah Allah ajarkan melalui kisah dua orang puteri Nabi Syuib. Bagaimana mereka ketika ingin memberi minum haiwan ternakan, mereka dapati ramai pengembala di sumur. Hajat mereka tidak kesampaian. Nabi Musa a.s telah mengambil alih tugas mereka memberi minum kepada binatang ternak mereka, apabila selesai memberi minum haiwan ternakan tersebut, salah seorang daripada puteri tersebut mendatangi Nabi Musa a.s dengan keadaan malu untuk menyampaikan pesanan ayahnya menjemput Nabi Musa a.s ke rumahnya.(surah al-Qasas: 23-25) Daripada peristiwa ini, Allah menggambarkan wanita solehah itu adalah wanita yang tidak memdedahkan dirinya pada pandangan umum. Apabila ia berurusan dgn lelaki ajnabi, maka ia akan tunduk dan melahirkan rasa malu. Berurusanlah dengan ajnabi tanpa mendatangkan keadaan khalwat(berdua-duaan). Khalwat paling mudah berlaku dalam hubungan cinta terlarang. Khalwat juga adalah bunga-bunga perzinaan. Berbual-bual di telefon atau s.m.s antara lelaki dan wanita kerana dasar cinta terlarang juga dikira sebagai khalwat kerana ia berlaku secara berdua - duaan..fikirkanlah. Saidina Umar r.a berkata, "Aku lebih rela berjalan di belakang seekor singa daripada berjalan di belakang seorang wanita". Seorang wanita solehah tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya, kerna ia faham seribu satu fitnah boleh timbul daripada keadaan tersebut. Bagaimana pula keadaan wanita yang tidak melabuhkan jilbabnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?. Maka, labuhkanlah tudung mu sehingga menutup juyub(tulung rusuk paling bawah) dan menutup punggung. Ketahuilah bahwa pada pagi hari perintah berjilbab diwahyukan kepada Rasulullah saw,seorang sahabiyah yang masih tidak tahu tentang wahyu tersebut telah keluar dari rumahnya tanpa jilbab, seseorang telah menegurnya,"mengapa engkau tidak berjilbab, adakah engkau tidak tahu tentang perintah memakainya?". Lalu wanita tersebut berhenti melangkah dan menyuruh seseorang mengambil jilbabnya, beliau berkata, "aku tidak mahu selangkah pun aku berjalan dalam keadaan melanggari perintah Allah swt". Diriwayatkan juga ketika peristiwa Fathul makkah, Hindun datang berjumpa Rasulullah untuk memeluk Islam dalam keadaan berjilbab. Beliau telah siap menunaikan perintah Allah walaupun belum memeluk Islam. Hari ini apa yang terjadi pada wanita Islam, bertahun-tahun belajar Islam tetapi masih tiada kekuatan untuk mengamalkannya... Wanita solehah juga tidak berpergian(keluar rumah) melainkan urusan yangmustahak.Keluarnya wanita dari rumah hendaklah ditemani muhrimnya. Para sahabiyah r.a tidak keluar dari rumah mereka sehinggakan mereka tidak hafal jalan -jalan di kampung mereka. Apa yang mereka hafal hanyalah jalan-jalan menuju syurga Allah. Oleh itu, mereka telah menghantar suami dan anak anak mereka ke syurga melalui jalan pintas, dengan berjihad dan syahid di jalan Allah... Keluarnya wanita dari rumah menyebabkan terbinalah papan-papan iklan maksiat. Ini sangat menguntungkan musuh Islam. Wanita kita hari ini melariskan produk keluaran mereka dengan mendedahkan maruah mereka pada pandangan umum. Aku bangga apabila ditanya pada seorang muslimah, "dimana tempat membeli belah paling besar di kota ini?". sedang ia menjawab, "saya tidak tahu". Seorang wanita solehah juga tidak bertabarruj(berhias diri) firman Allah swt: "Janganlah kamu berhias diri sepertimana berhias diri perempuan jahiliyah".(surah al-Ahzab_33) ya,memang benar...Islam itu mudah, tapi kemuliaan Islam itu selalu mengiringi mereka yang tidak mengambil mudah terhadap Islam, dalam satu hadith dalam kitab hadith 40, Rasulullah s.a.w bersabda, "Kebaikan itu adalah akhlak yang baik, dan dosa itu adalah apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut perbuatan itu dilihat orang Wanita solehah itu adalah wanita yang menjaga pandangannya, kerna ia adalah perintah dari Allah(an-Nur,30-31), ia tidak akan mengizinkan dirinya untuk memandang atau dipandang lelaki ajnabi pandangannya sentiasa tertunduk ke bumi,lantaran sifat malu kepada tuhannya untuk berbuat kemungkaran atau mencetuskan kemungkaran. Tundukkanlah pandanganmu, ibarat mencari sesuatu yang hilang. Ketahuilah, kelak di dalam kubur manusia yang tidak menjaga pandangannya akan diajar oleh syuja'ul aqro, sekali ia menghembuskan bisanya ke bumi, maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh, dan di hari kiamat, dia akan dibangkitkan dalam keadaan buta. Wanita solehah itu adalah wanita yang selalu menjaga pendengarannya daripada sesuatu yang melalaikan,umpatan dan cacian, wanita yang menjaga pendengarannya di dunia, maka di syurga kelak dia akan dapat mendengar suara Nabi Daud a.s membaca kitab Zabur, di mana sungai pun akan berhenti mengalir kerna kemerduan suaranya. Dia akan dapat mendengar Rasulullah saw membacakan surah Yasin dan Toha. Dan di hari puncak segala kebahagiaan untuk penghuni syurga, iaitu di kala melihat wajah Allah swt, Allah swt akan membacakan untuknya surah arRahman... MasyaAllah... Saudariku, Bangkitlah dari lenamu yang panjang, dan tidak berkesudahan, sekali kamu terjatuh,jangan biarkan diri kamu jatuh selamanya, kamu punya kekuatan untuk bangkit semula, walaupun kita berdosa sebanyak buih yang memutih di lautan, yakinlah kasih sayang dan maghfirah Allah terlalu luas... Saudariku... hidup ini seperti mimpi, seorang pengemis bermimpi menjadi seorang raja, dipuji dan dipuja, segala kemuliaan dan kekayaan tunduk kepadanya, tapi bila dia sedar dari lenanya, dia masih seorang pengemis yang miskin dan tidak punya apa-apa, seorang raja yang bermimpi, menjadi seorang pengemis yang miskin dan hodoh, dia dihina dan dikeji di setiap persimpangan yg dilalui, tapi bila raja itu sedar dari lena, dia tetap seorang raja... Saudariku... itulah hakikat hidup di dunia, kalau susah,susah yang sementara, kalau senang, senang yang sementara, tapi hidup di akhirat, kalau susah sehari, ibarat seribu tahun di dunia, kalau senang di akhirat..senang untuk selamanya... Saudariku... matanglah dalam urusan akhiratmu, jgn kerna kesenangan dunia yg sementara, kau sanggup menempah sengsara di akhirat selamanya, jgn kerna kasih makhluk yg sementara, kau hilang kasih Allah di akhirat, jika kau hilang kasih Allah, kau hilang segalanya... Saudariku... Saidatina Aisyah r.a pernah berpesan, "sebaik baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang" Jangan kau berasa bangga, kecantikanmu dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu, tapi adalah satu penghinaan, jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dgn pepasir dipantai, yang boleh dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja, di mana seorang pengemis pun mampu memilikinya, tapi jika kau menganggapnya sebagai satu musibah pada dirimu, Kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara Zabarjad, yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja... Saudariku... ingatlah pesan Rasulullah s.a.w, "barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia daripada kalangan mereka" lihatlah penampilanmu,percakapanmu,ataupun akhlakmu, moga - moga ia mirip Asiah dan Maryam a.s, mirip isteri-isteri Rasulullah saw dan para sahabiyahnya r.a, kelak di hari kebangkitan,mereka akan menjadi jiranmu, tapi apa khabar nasibmu,jika penampilanmu, percakapanmu dan akhlakmu, seperti akhlak wanita-wanita jahiliyah...? Saudariku... jadilah wanita solehah, yang taat pada Allah dan Rasulnya, teguhlah menjalankan perintahnya dan meninggalkan larangannya, jangan kau cuba menambah atau menguranginya walaupun langit dan bumi menghimpitmu, jagalah hati, pandangan, pendengaran dan percakapanmu, binalah hubungan baik dengan Tuhanmu, beristiqomahlah dalam kebaikan dan kesolehan, agar tarikan dan hembusan nafasmu, di dalam keredhaan tuhanmu, didiklah hatimu seperti hati Rasulullah s.a.w, walaupun dicaci,dilukai dan disakiti, tapi baginda tetap mendoakan kebaikan utk umatnya... Saudariku... ajarlah jiwamu untuk bersahabat dgn tuhan, ia tidak semudah pengucapan, kau akan didatangi pelbagai musibah dan ujian, di kala jasadmu bersama manusia, tapi ruhmu jauh terbang merindui tuhan, di kala manusia lalai dengan keduniaan, jiwamu menangis kerna takutkan tuhan, hiasilah setiap tarikan dan hembusan nafasmu,dengan zikir LailahaillaAllah, berjalanlah di atas jalan seorang solehah, da'ieah, abidah, alimah,murabiyah dan zahidah, jalan yg pernah dilalui oleh Maryam a.s, Masyitah a.s dan para sahabiyah r.a, di mana seorang yang buta pun, apabila melalui jalan ini, mereka akan bertemu syurga Allah... Semoga kamu dimuliakan Allah seperti Saidaina Fatimah r.a..di kala penghulu wanita di syurga itu ingin melalui titian sirat, Allah akan memerintahkan setiap manusia supaya menundukkan pandangan,kerna beliau adalah wanita yang tegar menjaga maruahnya di dunia..betapa tingginya maruah seorang wanita solehah..semoga kamu ditaufiqi Allah untuk mendakapnya.ameeennn Ibnu Aminah aljuhury...

PeSAnaN unTUK waNiTA cANTIk

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah! shukran~iluvislam

at a moment~

DUHAI WANITA,DENGARLAH SINI..!!

Saya tertarik benar dengan khutbah Jumaat di tempat saya (Balai Islam, Flet Pekeliling) 15 Jun lalu. Isunya mengenai kewajipan menutup aurat. Disebabkan semua jemaah lelaki, khatib mengingatkan jemaah supaya memberitahu anak isteri supaya menjaga aurat masing-masing. Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? hum..memang itulah hakikatnye.. kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu.. 01.Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah 'kegebuan' leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka. 02.Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang 'gebu' itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot. 03.Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni? 04.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai 'kain koyak' pula. Apabila berjalan, terserlahlah 'kegebuan' betis malah kadang-kadang paha pun tersembul. 05.Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!! 06.Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu. 07.Ada perempuan bertudung, 'merendek' pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung. 08.Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki. Syahwat Lelaki Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya. Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya. Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali. Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan. Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu. Pandai-pandailah nanti menjawab dan berdalih di hadapan Allah.. Tak takut ke? Saya perhatikan sekarang ini ramai perempuan bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedapnya, semakin ramai wanita bertudung tetapi tidak menutup bahagian sensitif. Lepas tu, disalahkan pula lelaki mata keranjang... Lelaki buaya darat... Lelaki mengganggu... Lelaki sexual harashment... Sape suruh buat-buat suara manja? Sape suruh? Sapa suruh telanjang dikhalayak ramai? Akhir zaman, wanita berpakaian, tetapi hakikatnya mereka berbogel... Sape yang cakap tu?iLuvislam.com Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat. Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama. Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih.. Wallahua'lam Info PenulisSaudara Zulhafidz Yahaya merupakan Ketua Team Designer bagi iLuvislam.com. Beliau merupakan anak kelahiran Grik, Perak. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Selangor (2006). + www.facebook.com/agmnhob

Tuesday, September 7, 2010

at moment..in Ramadhan 2010...

::stories telling::heart singing::
Salam Ramadhan,
MAKAN  BARENG-BARENG
      When there is one day we had eating together in talam.I felt very happy as specially my club was organized this activities.Badan Dakwah and rohani  had prepare so many activities for muslimin and mustlimat in this school.
Next,
FASTING AND BREAK FAST TOGETHER
we also having break fast together the biggest one for the whole people in smamaiwp including also clerk and guard and sooon,..PIBG organization also join this biggest program which held in Dataran Ilmu a few days before holidays.A volunteer from each hostel came in front and gave a few speech as up coming  Eidulfitri.Later,we done perfoming our solat maghrib and Insyak also terawih here,at Masjid Saidina Othman Affan.
Next,
POSTER RAMADHAN
We sat n group usrah.(Zinirah is my group)under my leadership..i had..................
to be continue

dis ramadhan...

::SALAM RAMADHAN AL MUBARAK::

               Alhamduliilah along this month,i get the spirits to change myself into a better human beings in order to be good muslimah.

i get know myself,where am i been before this..all this thing had taught to be more mature person.Of course i love to beings myself.I love and really grateful what i have now..

LOVE,COMPASSION, ATTENTION AND CARING MANNER..............Its all enough for me to educate myself...I love this ramadhan..please came again ...i really  hope that i could better in the next ramadhan ..oh!!of course i am waiting..i still waiting time to improve myself..Lets say....if we could not reached the benefits of this ramadhan we would get hard to miss Sis coming as it does not give any good or harm to us unless if we work for it...

What i just what to say is..Lets we UPDATE our iman day by day,EDIT our atitude 4 every single thing.its does not a matter when people talk about us...me myself who are really know what we lack of and what we need for...

FIGHT 4 NAFSU,

AININ~yep

Friday, September 3, 2010

Saturday, June 19, 2010

SaLaM pPErJuaNgAN BuAt suMUe TeMan..!!!

sAlAm UKhUWh ::~ Detik -detik akhir kian di nan ti...setibanya kiter di Wisma BIM....kite mula melangkah mencorak masa depan yang jitu...berbekalkan semangat dan iltizam yang kini sudah di cas kembali... Cuti yang di beri,...kini hanya tinggal berbaki beberapa jam sahaja.... Ya...bermulalah kini perjuangan suci di medan menuntut ilmu...
Duhai sahabatku, Gapailah sebanyak ilmu yang mungkin.. Agar menjadi bekalan di hari tua... Duhai sahabat, Kita tidak mungkin menjangka apa yang ada di hadapan.. Oleh itu,bersedialah dari sekarang.... Duhai sahabat, Sesukar mana belajar itu, Hadapilah ia dengan ketabahan dan keimanan yang mantap di jiwa.. Moga di berkati usaha itu... Duhai sahabat, Andai kelemahan itu menggunung tinggi... Teruskanlah usaha mendakinya..... Lama kelamaan pasti ia tinggal berbaki... Duhai sahabat, Yakinlah pada diri, Berjuanglah untuk insan tersayang.. Moga hidup selepas ini lebih bererti.. SAMA-SAMA KITA DOAKAN KEJAYAAN BUAT SEMUA TEMAN SEPERJUANGANKU..!!! ~man jadda wa jadda~
Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie www.iluvislam.com Dihantar Oleh: akrimimathawa Editor: RosNiza Abdullah
Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia". Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia. Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan". Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

maR! cUC! h@t! kawan2..!!!

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah. 1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X. 5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) 7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!). 8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa). 10. Kekalkan wuduk. 11. Bersedekah. 12. Belanja orang makan. 13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.) 14. Berkawan dengan ulama. 15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi). 16. Pesan pada orang, jadi baik. 17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat **Jangan bertangguh lagi.. Jom kita sama-sama mengamalkannya smiley-wink **

Protokol Doa..!!!

Doa buat kekasih mempunyai protokol doa iaitu: 1. Tawasul 2. Khusus 3. Sebab atau alasan 4. Tawasul 4. Pasrah Cuba saudara perhatikan contoh doa buat kekasih di akhir artikel ini dan bacakanlah untuk sekali. Terasa ketenangannya. Saudara boleh mengubahkannya untuk memohon hajat lain yang tertentu. Namun setiap doa mesti mengikut protokol. 1.Tawasul : Sebelum memohon perlulah memuji Allah SWT. Allah suka dipuji. Sesungguhnya memang berhak Allah dipuji kerana rahmat yang Allah berikan kepada kita ini tidak mampu ditandingi. 2. Khusus : Kebiasaan doa adalah terlalu umum seperti, “Ya Allah murahkanlah rezekiku”. Kita menganggap Allah mengetahui apa yang kita inginkan walaupun hakikatnya Allah memang mengetahui. Tetapi sifat kita ini tidak bersungguh di dalam memohon lalu untuk memudahkan diri kita, kita meminta secara umum. Apabila kehendak dan keinginan kita tidak dimakbulkan, kita menyalahkan Allah. Sedangkan kita lupa doa kita adalah memohon kepada Allah agar murahkan rezeki. Maka nikmat kehidupan dan masih bernyawa juga merupakan salah satu rezeki. Di dalam memohon semestnya mempunyai protokol yang tersendiri iaitu;
SMART
1. Specific (khusus) 2. Measurable (boleh dikira) 3. Achievable (mampu dicapai) 4. Realistic (Realistik) 5. Timeline (Tempoh masa) Di dalam berdoa, kita perlu khusus. Jika ingin meminta duit, sebut sahaja berapa jumlah yang kita inginkan. Jika kita mempunyai 10 keinginan, sebutkan satu persatu tetapi mesti SMART. Jika kita ingin pergi menunaikan haji hujung tahun ini sedangkan wang yang terkumpul hanya RM100 , adakah ia SMART? Walaupun bukanlah mustahil kita mampu mencapai tujuan tersebut tetapi seboleh-bolehnya biarlah ia adalah 'Achievable' dan 'Realistic' di dalam 'Timeline' yang kita inginkan. Sebagai contoh, jika saudara mula mengumpul RM100 untuk pergi menunaikan haji mulai bulan ini dan bercadang untuk menunaikan haji 2 tahun lagi, kemudian saudara kini sedang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dan juga mempunyai sumber pendapatan dari pelbagai sumber, maka ia boleh dikatakan SMART. Hanya saudara yang tahu samada apa yang saudara inginkan itu memenuhi SMART atau tidak. 3. Sebab atau Alasan : Di dalam berdoa, kita perlu ada alasan. Mengapa kita inginkan sesuatu itu. Contohnya jika kita ingin pergi haji, kita perlu beri alasan kenapa kita ingin pergi haji. Walaupun Allah memang mengetahui tetapi jika kita beritahu Allah, maka sebenarnya diri kita akan lebih bersemangat untuk berusaha mencapai tujuan itu dengan bersaksikan Allah yang mendengar sebab dan alasan kita. 4. Tawasul : Di dalam setiap doa, kita hendaklah menyelanginya dengan tawasul. Kita boleh menggunakan firman-firman Allah untuk mengukuhkan permohonan kita seperti berkata;
“Ya Allah, bukankah Engkau berfirman jika aku berdoa, pasti Engkau makbulkan ya Allah”
Inilah tawasul yang dimaksudkan di protokol ke-4 ini. 5. Pasrah : Menyerahkan 100% kepada Allah doa yang telah dipohon. Jangan tertanya-tanya, bilakah Allah akan makbulkan ini, bilakah Allah akan memberi rezeki ini, bilakah Allah nak buat itu dan ini. Pasrah bermakna bukan tidak melakukan apa-apa kerja atau usaha, tetapi pasrah menerima samada dimakbulkan atau tidak. Keizinan Allah di dalam permohonan kita diberi tanpa kita sedari. Yang pasti kita hendaklah terus berusaha dan insyaallah jika Allah mengizinkan pilihan yang kita buat itu, maka dimudahkan kita di dalam segala urusan. Perniagaan kecil-kecilan kita semakin membesar. Jika kita belum pandai berdoa dan cara mengerjakan haji, ada sahaja jalan ke arah itu yang Allah akan berikan. Contoh di atas adalah satu contoh iaitu hajat mengerjakan haji. Namun protokol itu sama untuk memohon apa sahaja keinginan dan hajat. Kita manusia yang lemah di mana sentiasa mempunyai hajat walaupun hajat yang kecil. Sepertimana yang biasa saya katakan, HIDUP INI PENUH DENGAN PILIHAN. Masalah utama kita tidak tahu apa akan terjadi walaupun sesaat kehadapan. Sebab itulah kita memerlukan Allah SWT yang maha mengetahui agar dapat memberi panduan kepada kita agar pilihan yang dipilih merupakan yang terbaik di sisiNya. Setiap yang terbaik disisi Allah pasti terbaik untuk diri kita. Elakkan berdoa seperti mengarahkan Allah melakukan kerja seperti, “Ya Allah murahkanlah rezeki aku” atau “Ya Allah, panjangkanlah umur aku”. Bukankah bunyi doa itu seperti mengarahkan Allah melakukan kerja. Seharusnya doa yang baik adalah dengan meminta permohonan.
“Ya Allah, Yang Maha Pemberi, Yang Maha Mengasihani, Yang Maha Kaya. (Tawasul)….Aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku dimurahkan rezeki …. (sambung dengan permohonan yang khusus)….(beri alasan kenapa memohon)…. Aku ini lemah ya Allah, aku perlukan pertolongan diriMu ya Allah. ….ya Allah Jika keinginan aku ini baik ya Allah, aku memohon agar Kau makbulkan permohonan aku ini ya Allah. Bukankah Engkau berfirman, jika aku berdoa kepada Engkau, akan Engkau makbulkan permohonanku ya Allah (Tawasul). Tetapi ya Allah, jika ini bukan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, maka buangkan keinginan ini dari hati aku ya Allah. Agar aku tidak akan mengingati keinginanan ini lagi ya Allah. Agar aku sentiasa tenang ya Allah. (Pasrah)….. ya Rahman, Ya Rahim. Amin".
Ini adalah satu contoh doa yang ringkas mengikut protokol doa. Saudara boleh menyusunnya semula dengan lebih baik dengan tawasul yang lebih banyak. Doa yang umum tidak melihatkan kita bersungguh di dalam mendapatkan sesuatu. Maka susunlah doa mengikut protokol doa yang dinyatakan. Semoga segala hajat, impian, keinginan, cita-cita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
DOA UNTUK KEKASIH
"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah, Seandainya telah engkau catatkan Dia milikku, tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ke tepian yang sejahtera dan abadi. Maka jodohkanlah kami. Tetapi ya Allah, Seandainya telah engkau takdirkan...Dia bukan milikku bawalah dia jauh dari pandangan ku. Luputkanlah dia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan. Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti, Berikanlah aku kekuatan menolak bayangannya jauh ke dada langit dan hilang bersama senja yang merah agarku sentiasa tenang walaupun tanpa bersama dengannya. Ya Allah yang tercinta, pasrahkanlah aku dengan takdirMu. Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu ini. Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat. Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang dhaif ini. Janganlah engkau biarkan aku bersendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah. Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Amin. Ya rabbal ‘aalamiin".
*Sumber: Dipetik daripada fuadlatip.com

th!s t!me is really2.....challenge....!!

Friday, June 18, 2010

Munajat

Album : Munsyid : Nadamurni http://liriknasyid.com
Tuhan Kubisikkan kerinduan Keinsafan Pengharapan Tuhan Kusembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan Bisikanku untuk-Mu Munajatku mohon restu Semoga cintaku bukan palsu Pada desiran penuh syahdu Gelombang lautan rinduku Tuhan Kubisikkan kerinduan Keinsafan Pengharapan Tuhan Kusembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan Munajatku dalam syahdu Merindui maghfirah-Mu Mardhiah-Mu dalam restu Harapan tulusnya hati Kurindukan pimpinan-Mu Keagungan-Mu dalam doaku Kebesaran pada qudrat-Mu Ia membina ruhaniku Tuhan Kubisikkan kerinduan Keinsafan Pengharapan Tuhan Kusembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan Ujian kepahitan Di dalam perjuangan Padanya ada kemanisan Ketenangan dan kebahagiaan Padanya syurga idaman Munajatku dalam syahdu Merindui Maghfirah-Mu Mardhiah-Mu dalam restu Harapan tulusnya hatiku Kurindukan pimpinan-Mu Keagungan-Mu dalam doaku Kebesaran pada Qudrat-Mu Ia membina ruhaniku Tuhan Kubisikkan kerinduan Keinsafan Pengharapan Tuhan Kusembahkan pengorbanan Membuktikan kecintaan (ending)

hati ini mudah sungguh....

Bismillahhirahmanirahim::; DIDALAM KEKABUSAN MALAM... DIDALAM KESEPIAN HATI.... DIDALAM KETENANGAN MALAM... DIDALAM KEDAMAIAN HATI.... HATIKU DIKETUK SEKALI LAGI DEK KERANA RAPUHNYA IMAN... YA ALLAH.... BANTULAH AKU MELAYARI HATI INI... HATI INI SERING LALAI DAN LEKA.... YA ALLAH... TEGUHKAN LAH BENTENG DIRIKU INI... AKU TIDAK MAHU TERUS-TERUSAN TEWAS DAN KALAH DALAM PERTEMPURAN INI... YA ALLAH... SUBHANAALLAH.. SUNGGUH INDAH CINTA ITU... SUNGGUH MANIS HAKIKATNYA... SUNGGUH BENAR RASA ITU... TAPI IANYA TERSERAH PADA EMPUNYA DIRI ITU.. JALAN MANAKAH YANG AKAN DIPANDU CINTA ITU,.. YA ALLAH.. LERAIKANLAH AKU DARI KEKUSUTAN INI... LERAIKANLAH INGATAN KU KEPADA LELAKI YANG SEMESTINYA BELUM HALAL BAGIKU... YA ALLAH... KU RINDUKAN PIMPINANMU.. KAU TERUSKANLAH RASA CINTA INI KE ARAH JALAN MENDEKATI MU.. BIARPUN IANYA SAKIT... MOGA HIKMAH DAN HAKIKAT DISEBALIK SEMUA INI... HANYA DALAM PENGETAHUAN MU ... YA ALLAH... AKU YAKIN DI ATAS HAKIKAT TAKDIR SURATAN MU... OLEH ITU.. KAU KURNIAKANLAH... KEKUATAN DAN KETEGUHAN IMAN HAMBA MU INI... YA ALLAH... JIKA ADA JODOH PERTEMUKANLAH KAMI DITEMPAT YG LEBIH BAIK.. SESUNGGUHNYA ENGKAULAH... SEBAIK-BAIK KETETAPAN... YA ALLAH... JIKA AKU RINDU.... JADIKAN LAH RINDUKU ITU DIIRINGI DENGAN DOA YNG MENDEKATKN DIRIKU KEPADA ME... JIKA AKU LEMAH MENGENANGNYA... JADIKAN ITU KEKUATAN UNTUK TERUS MENCARI ERTI CINTA YANG HAKIKI... HANYA DENGAN MENCINTAIMU.. AKU YAKIN..YA ALLAH... AKU BENAR-BENAR YAKIN DENGAN SURATAN TAKDIR MU.... JIKA BUKAN INI.... AKU YAKIN BAHAWA KAU AKAN SEDIAKAN YANG LEBIH BAIK UNTUK HAMBAMU INI... BETULKAN ALLAH... JIKA HATIKU INI DIKETUK LAGI.. KAU BANTULAH AKU MEMANDUNYA KE ARAH YANG LEBIH KAU REDHAI... SESUNGGUHNYA AKU SUNGGUH YAKIN TERHADAP DIRIMU... LABUHKAN RASA MALU KEPADA MU.. TATKALA KU LEKA DALAM KESUBUKN DUNIA ATAUPUN KESESATAN NAFSU DORONGAN SYAITAN,.... BANTULAH AKU YA ALLAH... BANTULAH AKU...... BANTULAH AKU.... SESUNGGUHNYA....JIHAD TERBESAR IALAH JIHAD MELAWAN NAFSU... OLEHITU... BANTULAH AQ... TETAPKANLAH IMANKU INI.. BANTULAH AQ UNTUK MENJALANI HIDUP INI... DENGAN SENTIASA DIBAWAH LEMBAYUNG RAHMATMU..... AMIN... AMIN.. AMIN... KAU PERKENANLAH DOAKU INI.. MOGA CINTA KU INI... TERUS DISUBUR DENGAN KEIMANAN KEIMANAN TERHADAP MU....

Saturday, April 10, 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Petikan dari kata-kata Saiyidina Abu Bakar r.a yang bermaksud, " Orang - orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari 7 kemungkinan ini, iaitu : 1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya. 2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam tanah dan sebagainya 3. Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka -mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran 4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya 5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi 6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah 7. Allah S.W.T meninggikan syahwatnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan hartanya wallahua'lam.. -diari islamiah-

Wednesday, March 17, 2010

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika adzan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di shaff terdepan.Solat wajib ia laksanakan dengan ruku’ dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu,ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang dedang berjihad fii sabilillah. Sebelum menuju kelas untuk kuliah,lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jamaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam pun ditujukannya kepada para akhwat yang ditemuinya di depan masjid. Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki ruang kelasnya. Ia duduk di bangkunya dan mengeluarkan buku berjudul “Langitpun Tergoncang’. Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia mengerutkan dahi dan dan sesekali ia tersenyum simpul. Ali sangat suka membaca dan meyukai ilmu Allah yang berhubungan dengan hari akhir kerana dengan demikian ia dapat membangkitkan rasa cinta akan kampung akhirat dan tidak terlalu cinta pada dunia. Prinsipnya adalah “Bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seakan mati esok.” Sejak setahun belakangan ini, Ali selalu berusaha mencintai akhirat. Sunnah Rasululah saw ia gigit kuat dengan gigi gerahamnya agar tak terjerumus kepada bid’ah. Ali selalu menyibukkan diri dengan segala Islam. Ia sangat membenci sekularisme kerana menurutnya, sekularisme itu tidak masuk akal. Bukankah ummat Islam mengetahui bahwa yang menciptakan adalah Allah swt, lalu mengapa mengganti hukum Tuhannya dengan hukum ciptaan dan pandangan manusia? Bukankah yang menciptakan lebih mengetahui keadaan fitrah ciptaannya? Allah swt yang menciptakan, maka sudah barang tentu segala sesuatunya tak dapat dipisahkan dari hukum Allah. Katakan yang halal itu halal dan yang haram itu haram, kerana pengetahuan yang demikian datangnya dari sisi Allah. Sementara Ali membaca bukunya dengan tekun, dua mahasiswi yang duduk tak jauh dari Ali bercakap-cakap membicarakan Ali. Mereka menyukai sekali, Ali yang amat tampan dan juga pintar, namun belum mempunyai kekasih, padahal banyak mahasiwi cantik di kampus ini yang suka padanya. Tapi tampaknya Ali tidak ambil peduli. Sikapnya itu membuat para wanita menjadi penasaran dan justru banyak yang ber-tabarruj di hadapannya. Kedua wanita itu terus bercakap-cakap hingga lupa bahwa mereka telah sampai kepada tahap ghibah. Ali memang tak mahu ambil tahu tentang urusan wanita kerana ia yakin jodoh di tangan Allah swt. Namun tampaknya iman Ali kali ini benar-benar diuji oleh Allah SWT. Ali menutup bukunya ketika pensyarah telah masuk kelas. Tampaknya sang pensyarah tak sendirian, di belakangnya ada seorang mahasiswi yang kelihatan malu-malu memasuki ruang kelas dan segera duduk di sebelah Ali. Ali merasa belum pernah melihat gadis ini sebelumnya. Saat pensyarah mengabsen satu persatu, tahulah Ali bahwa gadis itu bernama Nisa. Tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Jantungnya berdegup keras. Bukan lantaran suka, tapi kerana Ali selalu menundukkan pandangan pada semua wanita, sesuai perintah Allah SWT dalam Al Qur’an dan Rasulullah saw dalam hadits. “Astaghfirullah…!”, Ali beristighfar. Pandangan pertama adalah anugerah atau lampu hijau. Pandangan kedua adalah lampu kuning. Ketiga adalah lampu merah. Ali sangat khawatir bila dari mata turun ke hati kerana pandangan mata adalah panah-panah iblis. *** Pada pertemuan kuliah selanjutnya, Nisa yang sering duduk di sebelah Ali, kian merasa aneh kerana Ali tak pernah menatapnya kala berbicara. Ia lalu menanyakan hal itu kepada Utsman, teman dekat Ali. Mendengar penjelasan Utsman, tumbuh rasa kagum Nisa pada Ali. “Aku akan tundukkan pandangan seperti Ali”, tekad Nisa dalam hati. Hari demi hari Nisa mendekati Ali. Ia banyak bertanya tentang ilmu agama kepada Ali. Kerana menganggap Nisa adalah ladang da’wah yang potensial, Ali menanggapi dengan senang hati. Hari berlalu… tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Ada bisikan yang berkata, “Sudahlah pandang saja,lagipun Nisa itu tidak terlalu cantik.. Jadi mana mungkin kamu jatuh hati pada gadis seperti itu” Namun bisikan yang lain muncul, “Tundukkan pandanganmu. Ingat Allah! Cantik atau tidak, dia tetaplah wanita.” Ali gundah. “Kurasa, jika memandang Nisa, tak akan membangkitkan syahwat, jadi mana mungkin mata, pikiran dan hatiku ini berzina.” Sejak itu, Ali terus menjawab pertanyaan-pertanyaan Nisa tentang agama, tanpa ghadhul bashar kerana Ali menganggap Nisa sudah seperti adik… ,hanya adik. Ali dan Nisa kian dekat. Banyak hal yang mereka diskusikan. Masalah ummat maupun masalah agama. Bahkan terlalu dekat… Hampir setiap hari, Ali dapat dengan bebas memandang Nisa. Hari demi hari, minggu demi minggu, tanpa disadarinya,ia hanya memandang satu wanita, NISA! Kala Nisa tak ada, terasa ada yang hilang. Tak ada teman diskusi agama…,tak ada teman berbicara dengan tawa yang renyah.., tak ada…wanita. Lub DUBB!!! Jantung Ali berdebar keras, bukan kerana takut melanggar perintah Allah, namun kerana ada yang berdesir di dalam hati…kerana ia… mencintai Nisa. Bisikan-bisikan itu datang kembali… “Jangan biarkan perasaan ini tumbuh berkembang. Cegahlah semampumu! Jangan sampai kamu terjerumus zina hati…! Cintamu bukan kerana Allah,tapi kerana syahwat semata.” Tapi bisikan lain berkata, “Cinta ini indah bukan? Memang indah! Sayang sekali jika masa muda dilewatkan dengan ibadah saja. Bila lagi kamu dapat melewati masa kampus dengan manis. Lagipula jika kamu berpacaran kan secara sihat, secara Islami.. ‘Benar juga..” Ali mengangguk-anggukkan kepalanya. “Manalah ada pacaran Islami, bahkan hatimu akan berzina dengan hubungan itu. Matamu juga berzina kerana memandangnya dengan syahwat. Hubungan yang halal hanyalah pernikahan. Selain itu tidak!!! Bukankah salah satu tujuan pernikahan adalah untuk mengubur zina?”, bisikan yang pertama terdengar lagi. Terdengar lagi bisikan yang lain, “Terlalu banyak aturan! Begini zina, begitu zina. Jika langsung menikah, bagaimana jika tidak sesuai? Bukankah harus ada beramah-mesra dulu agar saling mengenal! Apatah lagi kamu baru kuliah tahun pertama. Nikah susah!” Terdengar bantahan, “Benci kerana Allah, cinta kerana Allah. Jika pernikahanmu kerana Allah, Insya Allah, Dia akan redha padamu, dan akan tenteram keluargamu. Percayalah pada Tuhan penciptamu! Allah telah tentukan jodohmu. Contohlah Rasululah SAW,hubungan beliau dengan wanita hanya pernikahan.” Bisikan lain berkata. “Bla.., bla..,Ali,… masa muda.., masa muda…, jangan sampai disia-siakan, rugi!” Ali berfikir keras. Kali ini imannya benar-benar dilanda godaan hebat. Syaitan telah berhasil memujuknya dengan perangkapnya yang selalu berjaya sepanjang zaman, iaitu wanita. Ali mengangkat gagang telefon. Jari-jarinya bergetar menekan nombor telepon Nisa. “Aah.., aku tidak berani.” Ali menutup telefon. Bisikan itu datang lagi, “Menyatakannya, lewat surat saja, supaya romantis…!” “Aha!Benar! “ Ali mengambil selembar kertas dan menuliskan isi hatinya. Ia bercadang akan memberikan kepada teman rapat Nisa. Jantung Ali berdebar ketika dari kejauhan ia melihat Nisa terlihat menerima surat dari temannya dan membaca surat itu. *** Esoknya, Utsman mengantarkan surat balasan dari Nisa untuk Ali, sembari berkata, “Nisa hari ini sudah pakai jilbab, dia jadi cantik lho. Sudah jadi akhawwat!” Ali terkejut mendengarnya, namun rasa penasarannya membuatnya lebih memilih untuk membaca surat itu terlebih dahulu daripada merenungi ucapan Ustman tadi. Ali membaca surat itu dengan sungguh-sungguh. Ia benar-benar tak menyangka akan penolakan yang bersahaja namun cukup membuatnya merasa ditampar keras. Nisa menuliskan beberapa ayat dari Al Qur’an, isinya : “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” (QS. An Nuur : 30) “Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati.” (QS. Al Mu’minuun : 19). Ali menghela nafas panjang…Astaghfirullah… Astaghfirullah… Hanya ucapan istighfar yang keluar dari bibirnya. Pandangan khianatku sungguh terlarang. Memandang wanita yang bukan muhrim. Ya Allah… kami dengar dan kami taat. Astaghfirullah… -------------- (Judul asli: "Kala Iman Tergoda.. Pernah diterbitkan di Bulletin Biru SMUNSA Bogor No. 01/I/23 Shafar 1421 H)
kembara cintaku Feb 7, '10 12:17 PM for everyone :: Bismillahirahmanirrahim :: Subhanallah walhamdulillah Allahuakhbar! dititik nokhtah itu ku sambung bicara penaku … menyambung perjalanan dari satu titik kehidupan ke satu kehidupan yang selamanya hingga bertemu titik akhir di negeri abadi. kerana aku tidak mahu mati dipertengahan pengembaraan.. aku ingin terus bergerak bersama jiwa yang lebih segar… menyegarkan jiwa ku dan juga mana-mana jiwa-jiwa yang layu … satu misi pengembaraan sang faqir.. pencarian itu membawa jiwa ku kesini. .. aku sedang mencari rasa yang pernah hadir melayukan hati ini dalam belaianNya.. Ar-Raja’ .. Al-Khauf.. Ar-Redha.. ah! aku teramat ingin megihidupakannya. disetiap hentian sapaan sang ujian memberi seribu satu ibrah dan aku si faqir yang lemah menggigihkan diri untuk segera bersiap untuk bergerak meneruskan pengembaraan cintaku. dan disinilah.. kembara cintaku melabuhkan intipati kehidupan yang amat aku harapkan menjadi ibrah dan peringatan buat diriku yang sering alpa juga buat semua.. disinilah kuhimpunkan segala rasa, fikiran, cetusan ilham malah dapatan ilmu buat bekalan pengembaraanku.. ” Ya Rabb moga tiap bait kata yang ku aturkan disini menambahkan cintaku padaMu..bernaung kasih dan rahmatMu dan moga merimbun pohon cintaku menggapai redhaMu ..amin! “ salam kembara.. salam cinta.. salam kembara cinta menju cintaNya cinta teragung! barakallahufik wassalam… - kembaracintaku - biiznillah!
Dengan nama Allah Yang Maha Pekurah Lagi Maha Penyayang. Tindakan “merendahkan diri” wujud dalam beberapa bentuk: Pertama: Merendahkan Diri Dalam Perbuatan. Seorang anak yang merendahkan diri kepada ibubapanya tidak akan mendahului mereka dalam perkara-perkara yang harus, seperti tidak akan berbicara dengan nada yang lebih tinggi daripada ibubapanya, tidak akan memotong ketika ibubapanya sedang bercakap, tidak akan bersembang di talifon bimbitnya di hadapan ibubapa, tidak akan membalas SMS ketika sedang berbual dengan ibubapa, tidak akan duduk sebelum ibubapanya duduk, tidak akan makan sebelum ibubapanya makan, tidak berjalan atau melangkah di hadapan ibubapanya dan sebagainya. Berbeza dalam perkara-perkara yang dituntut oleh agama, merendahkan diri kepada ibubapa bererti mendahului mereka seperti terlebih dahulu mengucapkan salam, terlebih dahulu menghulurkan tangan untuk bersalaman, terlebih dahulu meminta maaf jika terlanjur, terlebih dahulu memaafkan ibubapa jika mereka tersilap, terlebih dahulu mengajak ayah ke masjid solat berjamaah, terlebih dahulu mengajak ibu membaca al-Qur’an bersama-sama, terlebih dahulu bangun menyediakan makanan untuk bersahur lalu kemudian mengejutkan ibubapa[1] dan sebagainya. Demikian juga dengan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti terlebih dahulu menasihati ayah daripada merokok, terlebih dahulu menasihati ibu daripada memakai solekan apabila keluar rumah dan sebagainya. Kedua: Merendahkan Diri Dalam Membuat Keputusan. Seorang anak yang merendahkan diri kepada ibubapanya tidak akan membuat apa-apa keputusan dalam kehidupan mereka melainkan setelah mendapat izin dan keredhaan ibubapa. Ini termasuklah dalam hal-hal yang penting lagi besar seperti keputusan untuk melanjutkan pengajian, keputusan untuk belajar dalam jurusan tertentu, keputusan untuk mengambil kerjaya tertentu, keputusan untuk menetap di bandar lain sehinggalah kepada keputusan untuk memilih pasangan hidup. Dalam Bahagian B sebelum ini telah dikemukakan hadis-hadis yang menerangkan bahawa sekalipun seorang anak ingin melakukan sesuatu perkara yang selari dengan tuntutan syari‘at, dia tetap perlu mendapat keizinan dan redha ibubapanya. Tidak bijak untuk mengejar satu tuntutan agama jika ia menyebabkan perlecehan terhadap tuntutan agama yang lebih besar, iaitu izin dan redha ibubapa. Tidak dinafikan bahawa akan muncul perbezaan antara keputusan yang ingin dibuat oleh seorang anak dengan apa yang dikehendaki oleh ibubapa. Untuk mengelakkan perbezaan ini, hendaklah: 1.Bertanya kepada ibubapa sebelum membuat keputusan. Perbezaan sekali gus pergeseran lazimnya berlaku kerana kita (anak-anak) sering kali membuat keputusan tanpa bertanya pendapat ibubapa. Kita hanya mengkhabarkan apa yang telah diputuskan kepada ibubapa secara mengejut. 2.Berbincang dengan ibubapa seandainya keputusan yang ingin kita ambil berbeza dengan apa yang mereka kehendaki. Hargailah pandangan ibubapa kerana mereka lebih matang dan lebih mengenali cabaran-cabaran kehidupan berbanding kita. Ambillah iktibar daripada kisah perjalanan Nabi Musa ‘alahissalam berikut ini:[2] Dan setelah dia (Nabi Musa, meninggalkan Mesir dalam perjalanan) menuju ke negeri Madyan, berdoalah dia dengan berkata: “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku.” Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, dia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing) dan dia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. Dia bertanya: “Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (kambing-kambing kami) sehinggalah pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.” Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian dia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.” Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: “Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami.” Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: “Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu.” Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” [Maksud surah al-Qasas 28:22-26] Perhatian kita ditumpukan kepada ayat yang terakhir. Perhatikan bahawa anak perempuan tersebut tidak membuat keputusan, melainkan terlebih dahulu memberi cadangan kepada ayahnya. Beliau berkata: “…ambilah dia menjadi orang upahan…”. Cadangan itu pula disertai sebab di sebaliknya: “…sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah.” Semua ini dilakukan dengan penuh kesopanan dan rendah diri: “Wahai ayah…” Allah Subhanahu wa Ta'ala mengkhabarkan kisah di atas bukanlah untuk dijadikan bacaan sebelum tidur (bed time stories). Akan tetapi dikhabarkan-Nya agar kita dapat mencontohi dan mempraktikkannya ketika ingin membuat sesuatu keputusan. Ketiga: Merendahkan Diri Dalam Menegur Kesalahan Ibubapa adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesalahan. Kesalahan tersebut ada yang melibatkan urusan dunia dan ada juga yang melibatkan urusan agama. Apabila kita sebagai anak menyedari bahawa ibubapa melakukan sesuatu kesalahan, janganlah kita merasa ujub, kononnya lebih hebat, lebih baik, lebih betul dan lebih bijak daripada ibubapanya. Sebaliknya hendaklah kita merendahkan diri dengan bersyukur di atas kelebihan yang Allah Subhanahu wa Ta'ala kurniakan kepada kita. Rasa syukur tersebut kemudiannya diterjemahkan kepada menegur dan membetulkan kesalahan ibubapa tersebut. Sikap rendah diri adalah penting untuk menjamin teguran yang penuh sopan, hikmah dan bertahap-tahap kepada ibubapa. Tanpa sikap ini, teguran akan menjadi kasar, sinis dan mengharapkan perubahan serta merta. Semua ini hanya akan menjauhkan kita daripada ibubapa manakala kesalahan yang dilakukan mereka tetap berulang. Ambillah iktibar melalui sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam menegur kesalahan para sahabat pada zaman baginda. Sunnah ini dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat yang telah kita rujuk sebelum ini, yang bermaksud: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. [Ali Imran 3:159] Perhatikan bahawa sunnah Rasulullah dalam menegur para sahabatnya adalah secara “…lemah-lembut kepada mereka…” Seandainya baginda bersikap kasar lagi keras, nescaya “…mereka lari dari kelilingmu.” Di atas sikap lemah lembut kepada mereka, Rasulullah memulakan dengan memaafkan mereka, mendoakan keampunan bagi mereka, lalu diikuti dengan “…bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu.” Setelah bermesyuarat, atau dalam erti kata lain berbincang, baginda “…bertawakkallah kepada Allah.” Demikianlah juga sikap kita sebagai seorang anak dalam menegur kesalahan ibubapa. Hendaklah kita bersikap lemah lembut kepada mereka kerana sikap kasar dan keras hanya akan menjauhkan mereka daripada kita. Mulakan dengan memaafkan mereka, mendoakan keampunan kepada mereka, diikuti dengan perbincangan bersama mereka secara sopan dan hikmah, dilengkapi dengan penjelasan yang ilmiah dan bijak. Kemudian bertawakkallah kepada Allah agar mereka berubah daripada kesalahan tersebut. Perhatikan bagaimana Nabi Ibrahim ‘alahissalam menegur ayahnya yang bukan sahaja musyrik tetapi berperanan sebagai pembuat berhala. Sekalipun ayahnya membuat kesalahan yang amat besar, beliau tetap menegurnya secara sopan dan hikmah, dilengkapi dengan penjelasan yang ilmiah dan bijak. Allah Subhanahu wa Ta'ala mengkhabarkan kisah ini dalam al-Qur’an: Dan bacakanlah di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ibrahim; sesungguhnya adalah dia seorang yang amat benar, lagi menjadi Nabi. Ketika dia berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun? Wahai ayahku, sesungguhnya telah datang kepadaku dari ilmu pengetahuan yang tidak pernah datang kepadamu, oleh itu ikutlah daku, aku akan memimpinmu ke jalan yang betul. Wahai ayahku, janganlah ayah menyembah Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu menderhaka kepada Allah yang melimpah-limpah Rahmat-Nya. Wahai ayahku, sesungguhnya aku bimbang bahawa ayah akan kena azab dari (Allah) Ar-Rahman disebabkan ayah menyembah yang lainnya; maka dengan sebab itu akan menjadilah ayah rakan bagi syaitan di dalam neraka.” [Maksud surah Maryam 19:41-45] Setelah ditegur, janganlah mengharapkan perubahan serta merta kerana manusia lazimnya sukar untuk berubah secara serta merta. Berilah mereka ruang untuk memikirkan apa yang telah dibincangkan. Perhatikan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar ayat-ayat Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam). [al-Taubah 9:06] Apabila orang-orang musyrik meminta perlindungan di kalangan umat Islam, Allah tidak memerintahkan kita untuk memastikan mereka terus memeluk Islam. Sekalipun mereka melakukan kesalahan yang amat besar terhadap Allah, Allah hanya memerintahkan kita untuk menjelaskan kepada mereka tentang Islam dan kemudian membiarkan mereka di tempat yang aman, untuk memikirkan tentangnya. Maka sudah tentu ibubapa kita yang lebih kecil kesalahannya berbanding ayah Nabi Ibrahim dan kaum musyrik, berhak menerima teguran yang lebih sopan, berhikmah dan bertahap-tahap.[3] Perdengarkan kepada mereka penjelasan yang ilmiah dan bijak. Jika kesalahan mereka melibatkan urusan agama, perdengarkan kepada mereka ayat-ayat al-Qur’an, hadis-hadis Rasulullah dan penjelasan para ilmuan. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna. [al-A’la 87:09] Kemudian beri mereka ruang untuk mereka berfikir dan mengambil iktibar daripadanya. Teguran boleh diulangi pada masa-masa kemudian, namun hendaklah dikawal kadarnya agar tidak terlalu kerap sehingga membosankan. Peranan anak tidak sahaja terhad kepada menegur kesalahan ibubapa, tetapi juga menasihati ibubapa dalam perselisihan yang adakalanya wujud di antara mereka. Sedangkan lidah juga tergigit, apatah lagi hubungan suami-isteri. Sebagai manusia yang biasa, hubungan antara ibu dan ayah adakalanya memiliki cabaran yang tersendiri seperti perselisihan dan pertengkaran. Maka apabila berhadapan dengan suasana seperti ini, janganlah menyisihkan diri atau menyebelahi satu pihak. Sebaliknya berusahalah sekadar mampu untuk menasihati kedua-duanya dan mententeramkan mereka berdua. Nescaya usaha murni ini akan diredhai Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dihargai oleh kedua-dua ibu dan ayah. Keempat: Merendahkan Diri Dengan Mendoakan Ibubapa Sikap merendahkan diri kepada ibubapa juga diterjemahkan dalam perbuatan mendoakan mereka. Di samping doa-doa daripada al-Qur’an yang telah dikemukakan sebelum ini, kita (anak-anak) dianjurkan berdoa berdasarkan ayat berikut: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [al-Isra’ 17:24] Membiasakan diri untuk mendoakan ibubapa akan melatih kita untuk bersikap rendah diri kepada ibubapa sehingga akhirnya memudahkan kita mempraktikkan sikap tidak mendahului mereka, bertanya dan berbincang dengan mereka dalam mengambil keputusan dan bersikap sopan lagi berhikmah dalam menegur kesalahan mereka. [1] Waktu bersahur adalah beberapa minit sebelum azan Subuh dan bukan pada malam sebelumnya. Lebih lanjut tentang keutamaan bersahur dan beberapa salah faham tentangnya, rujuk buku saya berkenaan amalan-amalan di bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan yang berjudul Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2005. [2] Perjalanan ini berlaku sebelum beliau diangkat menjadi Rasul. [3] Seandainya di kalangan pembaca ada yang memiliki ibubapa yang masih belum memeluk Islam, berilah mereka teguran yang sama sepertimana yang saya sebutkan di atas. Pengecualian adalah anda tidak boleh mendoakan keampunan Allah kepada mereka berdasarkan firman-Nya: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka. [al-Taubah 9:113] Akan tetapi berdoalah agar Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi hidayah kepada mereka dan memberi kekuatan serta ilmu kepada anda untuk berdakwah kepada mereka. tabahkan hatimu.. dirimu sudah lakukan yang terbaik...